Nuffnang Ads

December 15, 2014

marah tak lama ...


assalamualaikum...

mood buat kerja sekarang tapi nak jugak berblog. sebab teringat
satu perkara yang jadi semalam. aku sekarang sem 2. means masih lagi tersangkut
dengan koko setiap sabtu memandangkan aku bukan asal diploma dari uitm. minggu lepas aku
ada field trip so maknanya dah skip seminggu tak pergi. tapi aku tau yang minggu
ni, means semalam ada test untuk instrument yang aku dah ambik.
biasanya, koko start pukul 10pagi.

nak dijadikan cerita aku bangun awal pagi semalam. sebab aku
ingatkan still ada aerobic pagi tu. baru sekarang terhegeh nak pergi sebab
nakkan kupon untuk dapat kolej. sape student uitm tau la pasal kupon - kupon ni. siap
je mandi ade member aku wassap cakap test pukul 8 padahal jam time tu dah
pukul 7.30. tak meroyan aku? kalau lambat kena denda berlari keliling parking lot tu kot.
huuu kalau beramai takpe lagi, kalau sorang tak ke haru and malu?? tapi tu
bukan halnya. aku marah. memang aku marah sangat. sebab malam tu aku dah wasaap tanya
sorang ni sama ada dia pergi ke tak. sebab memang dah biase tanya pun sebenarnye.
tick biru tapi tak berbalas. kalau korang rasa ape? puas malam tu aku positif maybe die ada hal
what so ever and tunggu sampai esok. still tak reply aku wasaap lagi. habis
positif dah tu and tak online. tak kisahlah.

aku tanya kawan yang aku wassap tu nape tak inform awal awal.
diorang semua dah tau seminggu awal. hurmmm. and dia ingat aku dah tau.
even berterima kasih jugak la sebab bagitau aku, tapi tau ke tak tau kitorg ade group wassap
just untuk koko ni. apa salahnya inform je kat situ. tak ambik mase seminit pun.
aku marah sebab apa yang komander bagitau aku inform kat diorang. even nak ponteng pun
aku tolong bagi detail. sebab bagi aku tak salah share. nak ikut ke tak itu terpulang.
and bila jadi camni, yup aku terasa. selama dekat uitm ni, seriously aku takde
nak terasa sampai semalam jatuh jugak airmata aku. nasib ada classmates aku sama sama
tak tau pasal ni. so kitorang gi sama sama. lambat and sesat lagi sebab salah
info. hurmm semua ni buatkan aku jadik geram and malas nak share apa apa lgi. kalau aku
tak buat test semalam tu, kosong la jawabnya. just depend pada final nanti je. itu
ke yg korang nak? maybe bukan tujuan diorang macam tu tapi kesannya tetap jadik camtu.
tak baik berdendam kan??

tapi tadi aku jumpa dengan budak tu. dah tak rasa apa apa.
marah apa semua dah takde. tapi maaflah eh. buat masa ni yang ada dalam
fikiran aku malas dah nak amik tau. selama ni pun apa apa aku buat sorang. biarlah nak cakap
jahat ke apa ke. tapi aku rasa nanti balik balik aku inform jugak. tengok lah nanti.
hope time tu nanti aku dah betul betul sejuk.








Thanks for reading =)

December 13, 2014

kerana kau ...


assalamualaikum..

sekarang tengah suke dengar lagu ni. manja manja sikit suaranya tapi aku suka lirik tu.
walaupun takde kaitan dengan aku. ok check it out.


Disaat ku menjadi pilihan
Kau menjadikan ku yang pertama
Di saat ku dalam kesedihan
Kau menyanyikan lagu irama

Ku mampu tempuhi halangan
Tapi tidak akan ku mampu tanpamu

Kerana kau berikan ku bahagia
Bila kau menyatakan cintamu
Kerana kau membuat ku terlena dalam rindu
Aku cinta padamu

Di saat ku memikul bebanan
Kau memberikan ku kekuatan
Oh kehadiranmu hanya satu
Sentiasa menemaniku

Ku mampu tempuhi halangan
Tapi tidak akan ku mampu tanpamu

Kerana kau berikan ku bahagia
Bila kau menyatakan cintamu
Kerana kau membuat ku terlena dalam rindu
Aku cinta padamu

Kerana kau berikan ku segalanya
Sabar tanpa ada rasa jemu
Kerana kau membuat ku terlena dalam rindu
Aku cinta padamu
Aku cinta padamu



Kerana Kau – Daiyan Trisha



Thanks for reading =)

December 7, 2014

field trip


assalamualaikum..

berehat sekejap dari study. dah memang habit. tak boleh study straight je. dapat input sikit stop. nanti overload kononnya padahall........ huehue. lapar tapi nak turun beli makan macam awal je lagi. perut dah berlagu lagu dah ni haa. takpe sabar sikit naaa.

semalam satu kelas pergi melaka. field trip untuk subjek biodiversity so kemana lagi. zoo melaka la. a bit boring for me actually sebab zoo bagi aku tempat untuk lawatan budak sekolah. hahahaha tapi sebab ini pun satu projek and kena buat report bagai wajib la semua kena pergi. and subjek ni kitorg campur dengan kelas lain jugak. pure bio kalau tak silap. tengok, tak kenal diorg sebab tak pernah borak. so memang aku tak alert la. huhu dasar sangat.

tentatif sebenar kena berkumpul 7.30am. aku siap bangun pukul 5.30. awal gila tapi orang lain siap ada 7.30 baru bangun lagi. macam biasa la. cakap je nak kena kumpul pukul berape bagai tapi memang dah agak dah akan bertolak lambat punye. tapi aku jenis tak suka la nak bersiap lambat. walaupun aku ni degil tapi bab ikut arahan ni kadang kadang aku excellent. mauahahaha. ok lah meh tengok gambar jela.


ini group aku. muka pagi pagi elok lagi kan. petang macam hape je. aku jela.
orang lain ok je aku tengok. 











kitorang semua kena ambil gambar 30 spesies animal. binatang la kan. tapi nak ke aku letak gambar binatang tu semua kat sini. hahaha ok fine cukuplah merepek. bukan gi zoo melaka tu je tapi taman buaya nye sekali. aku dah pernah masuk and rasanya semua pun tau buaya kat situ memang duduk diam tak bergerak kan. bergerak pun sikit sikit je. sebab tu aku cakap bosan. well, sebenarnya dekat zoo memang la diorang agak pasif. dah nak buat ape lagi ye dak? berbeza kalau dekat hutan sana. bebas. macam kita jugak la. kalau duduk kena kurung apa je boleh buat kan. baik tidur. pasif sangat. hihihi. lepas makan solat semua kitorang sampai semula dekat uitm dalam pukul 8 camtu. and aku tidur sampai lah pagi tadi. macam biasa, dekat sini aku boleh je bangun awal. dekat rumah? hampeh. hahaha. ok dah boleh gi beli makan. have a nice day everyone. babai.





Thanks for reading =)

December 3, 2014

i hope so


assalamualaikum..

lame tak menaip.. tibe tibe rase nak menaip pulak.. kenape??
macam biase tengah banyak keje aku memang tibe tibe rajin nak buat entry baru.
huuu entah bile perangai ni nak hilang. selagi tak buat, selagi tu
aku tak tenang. eceh over sangat.

since beberape minggu ni, aku busy sangat. kalau dulu busy jugak
tapi aku ade mase lagi nak tidur petang petang tapi sekarang aku dah takde
mase nak buat semua tu. dulu even keje banyak pun aku peduli ape. tetap jugak nak tidur and
last last stay up siapkan keje. tapi sekarang ni, tak tidur siang tapi still
jugak stay up sampai pagi.. macam tak percaye pun ye jugak.
tapi agak bangga dengan diri sendiri. hehehee...

cuma sekarang aku tak sabar nak habiskan minggu ni. sebab
barulah "free" sikit. tak la free mane cume takde la terkejar kejar macam
sebelum ni. keje banyak je lagi tapi at least dah takde lab report kena hantar. yang paling
aku nak buat sekali sekarang ni study chemistry. serius kepale aku kosong sangat.
subjek paling buat aku nak nangis risau. last belajar time sekolah dulu. tu
pun banyak ponteng kelas. result SPM pun alahai. cukup cukup makan aje. aku nak study weh.
nak sangat. tu la lambat sangat kesedaran tu datang. dah last minute camni
baru terkejar nak study. dah nak final pun.

and dugaan untuk family aku. kakngah kena tahan dekat ICU
HKL. nak cerita pun aku tak pandai tapi dah dua minggu pun. serius aku tak
sanggup sebenarnye bile tengok kakngah dalam keadaan camtu. kesian sangat. and kesian
pada mak abah jugak. dalam adik beradik aku, aku yang paling kerap datang
follow mak abah. sebab aku paling dekat kan. tapi minggu ni aku ada hal lain. tak dapat datang.
hope makin ok. datang dari lepas subuh and balik senja. kalau aku yang muda lagi
 ni rase penat sakit badan mengantuk, ape lagi mak abah aku rase kan. demi
anak. kadang aku nangis tengok. buat benda same hari hari. banyak duit habis jugak.
hmmmmmm doakan semuanya baik baik aje. and hope kakngah
sembuh cepat. boleh balik keje macam biase.

ok lah nak sambung buat keje. cukuplah merepek kan.
ok daaa.






Thanks for reading =)