Nuffnang Ads

December 2, 2017

siapa aku


assalamualaikum

lama jugak tak hupdate blog ni. yeke lame? banyak sangat
benda terjadi sebenarnya tapi malas sangat nak menaip, kadang dah elok
on laptop semua tapi bukak je blog terus hilang mood. macam biase aku selalu ingat blog ni
bile aku ade problem je kan. eh tapi tak semestinya tau. ok. jangan percaya.

walaupun aku tak ok sepenuhnya lagi tapi cukuplah
aku tak terlalu memikirkan hal yang satu tu. cukuplah aku busykan diri
dengan benda benda lain. saat aku gembira dengan apa yang aku dapat, tak sangka kegembiraan
yang cuba aku dapat tu jadi punca kesedihan orang lain. sungguh. tak sangka.

ok bukan itu yang aku nak cerita sebenarnya.
aku cuma terfikir apa pandangan orang pada aku. means aku ni macam mana.
memboringkan ke. menghappykan ke. tapi aku rasa aku memboringkan.

huhuk T_T

ok kadang bila dah borak borak dengan member mesti ada
ungkit pasal dulu lain sekarang lain. ade yang nampak pemalu tapi sebenarnya
kecoh gile. ade yang nampak cam gila gila padahal suka touching. ada yang nampak gengster
tapi dalam hati ada taman. nak tau jugak kan apa pandangan orang pada kita dulu
and sekarang. antara ayat yang aku selalu dengar tentang diri aku.


"mula kenal nabila ni senyum je. tak banyak cakap. tapi kecoh jugak rupanya"

"takut nak tegur nabila. muka cam sombong. tak berani nak kawan"

"muka garang. menyampah pulak nak tegur" T_T

"nampak macam sopan santun, lemah lembut. dah kenal rupanya sewel jugak budak ni"


ada banyak lagi sebenarnya. ada yang kalau dengar boleh sentap.
aku mengaku dulu aku garang gile. tak tau lah kenape aku dulu cukup panas.
actually sampai sekarang pun aku camtu tapi kalau fikir sekarang aku ni garang bayangkanlah
dulu aku berganda ganda garang dari sekarang. betul aku tak tipu. aku sendiri sedar
beza aku dulu dan sekarang. walaupun sekarang aku still panas tapi takde la
aku marah sebab benda benda kecik. and aku takkan marah tanpa
sebab. haaaa bab tu aku memang pasti. hehehe.

yang paling tak boleh aku terima selalu ada yang cakap
sebelum kenal aku nampak aku macam sopan santun lemah lembut. sebab
aku takde pulak rase aku camtu. hihi tu pandangan diorang lah kan. alaa lagipun bila kita belum
kenal dengan orang tu mesti la kita tak banyak sikit sikit mesti agak menjaga tingkah
laku kan. takde la nak huuhaahuuhaa selamba dengan semua orang kan. bile dah kenal keluar
lah semua perangai tu. tapi serius aku bukanlah sopan mane pun. biase biase aje.

tadi aku duk tengok profile picture whatsapp. saje sebab boring.
tiba tiba ternampak gambar sorang mamat ni. teringat pulak sejarah aku dengan dia.
eh bukan sejarah bercinta ke hape. aku pernah marah die sampai die menangis. huhu. tiba rase aku
ni ganas sangat pulak. lelaki pulak tu. mesti ada yang takut nak kawan dengan aku kan.
tapi aku marah die bersebab tau. and sebab dah berlarutan lah baru aku lepaskan marah tu. kira
ok la tu aku bersabar lama. kalau tak awal awal lagi dah kene sembur dengan aku.
haaaa. pastu dekat tempat yang sama aku bergaduh jugak dengan sorang lagi budak laki. haish
bile fikir balik rase cam teruk pulak. tapi bukan salah aku. dah lama aku sabar
tu yang jadik camtu tu. hurmmmm kenangan.

yang pasti, nabila tetap nabila. dahtu takkan tukar jadi orang lain kan. hehe by

8 September 2015

lame gile draft T_T



Thanks for reading =)

November 30, 2017

new



new life. new spirit. the new me.




Thanks for reading =)

tak sekuat dulu


assalamualaikum

rabu 6:48 pm 29/12/2017

sedih. tapi tak sesedih semalam. hari ni dah ok sikit. hurmm sakit gak eh putus cinta ni. hahaha. maybe sebab dah lame tak rase and benda ni jadi waktu yang memang aku tak expect. segalanya macam terlalu pantas. buatkan aku tak boleh nak terima. tak boleh brain sampai down gile. T_T

dalam mase seminggu, everything changed. dalam seminggu, berulang kali die sakitkan hati aku. kalau die berubah perlahan lahan, at least aku dah terbiase and nampak perubahan tu. ni sekejap sangat. aku tak kuat nak hadap semua ni secara tibe tibe. atau aku yang tak nampak perubahan tu?

tengah berlambak gile keje. and semuanya terhenti macam tu je. aku cube. tapi aku bace tak masuk weh. aku try hard nak buat keje. tapi last last lebih kepada termenung je. bukan aku saje nak lembikkan diri meratap ke ape. takde la pulak sampai camtu. tapi sakit die, Allah je tahu ape aku rase.

yes, maybe jugak sebab aku dah terbiase die ade. walaupun baru nak 2 tahun pun sebenarnye, tapi die selalu dekat. and selalu ade. kitorang tak pernah ade trust issue. die call aku sepanjang mase, aku call die jugak. sekarang aku bizi, aku mintak jangan selalu kacau aku. still, mesej whatsapp tak pernah takde. not 24 hours tapi memang kerap lah contact pun. melainkan tidur and main game. tu pun kadang die kacau gak. even terjage dari tidur, kalau die tak call aku, aku call die. tell me how can i forget him?

aku tak suke share problem aku. tapi kawan kawan aku nampak semua tu. nampak aku lain. nampak aku lembik. sedangkan sebelum ni diorang cakap aku ni seorang yang garang, tak sweet and girlfriend yang bosan. lebih kepada girlfriend yang heartless. hahaha. yelah yang heartless ni tengah heartbreak. 💔

so aku cerite untuk tanye pendapat. aku lost sangat dalam seminggu ni. pura pura happy. thanks to my friend jugak bawak keluar jalan jalan bagi aku ok. hee aku sebenarnye nak main dengan baby. lupe jap masalah rasenye. tak pun gi buat aktiviti aku suke. for example, escape?? takde sape nak layan. haha

kenape eh wak? awak buat salah tapi awak takde rase bersalah lansung. awak cakap, takkan awak nak nangis pulak. takkan nak bagitau satu dunia. perli ke tu? hurmm tak pernah pulak aku suruh camtu. dahtu nak kate ape lagi bile dapat ayat camtu. nak sentap? taklah. kecewa je. tak sangka dapat ayat camtu. banyak kali dah sebenarnye dapat ayat pedih dari die. yes, aku tak kisah kalau aku yang buat salah. tapiiiiiiiii salah ni punce dari aku ke? T_T

takde explanation atas semua yang die buat walaupun bagi die, die dah jelaskan semua, cume aku yang taknak terime. hurmmm die nak cakap ni beza lelaki n perempuan ke? yeke lelaki boleh abaikn je semua tu. dari pemerhatian aku sepanjang kenal die, die takkan boleh terime kalau aku buat benda yang same. tapi sebab die yang buat, die cakap die ok je n akan terime je. yelahhh tapi aku tetap tak percaya. orang komen kat ig pun bising sampai suruh remove ape semua. kalau jadi camni, percaye ke kat aku kalau aku buat benda same? macam aku cakap, tak pernah ade trust issue walaupun duduk jauh. cuti berbulan bulan. sebab benda first, kepercayaan tu penting.

aku simple je. tak suke, cakap jela tak suke. dah benci, cakap dah benci, dah berubah, cakap dah berubah. sebelum ni secara jujurnya die cakap die memang malas layan aku dah. terkejut, yes aku terdiam dapat ayat tu. dari orang yang kite sayang kot. huhu tapi aku terime je. aku buat hal aku sendiri. aku tak kacau die. orang dah taknak kan. tapi die yang datang pada aku semule. atau aku yang bodoh terime die lagi? aku sendiri ke yang izinkan diri aku dipermainkan? emm sakitnye rase.

tapi ape die buat ni, sikit pun aku tak boleh terime. die cakap sebab aku yang tak pernah tenang, asyik nak marah. aku jugak kan? aku bagi mase dari pagi, tapi petang baru aku desak, baru die nak cerite, tu pun jawapan yang semuanye entah pape. aku boleh argue semule. die cube perbodohkan aku ke? aku tak pernah kot buat orang camni. walaupun aku tak baik mane, tapi aku tak mainkan hati orang. in fact, walaupun aku bukan girlfriendyang selalu cakap ayat sayang cinta rindu, tapi aku jage kepercayaan tu. benda yang aku rase die boleh tak suke, aku bagitau awal awal. better daripada tau dari orang lain kan? tapiiiiiii......

and semalam memang aku malu. malu menangis tahap camtu sekali. lame kot aku simpan ape aku rase. nak nangis pun roommate ade. tapi semalam pun die ade jugak. hahah almost 1 hour nangis je tak boleh tahan. no aku bukan nak mintak simpati. aku bukan camtu. aku ego orangnye. aku kalau boleh taknak die tau pun aku nangis sebab die. itu pun die tetap dengan nada nak marah aku. memang semalam aku menyirap gile dengan semua ayat and care die. macam aku pulak buat salah. at the same time, aku tau dah. semuanye takkan same lagi dah. aku nampak perubahan tu. T_T

aku sakit hati. aku cume nak jawapan je kenape die buat semua tu. kenape die tipu aku. kalau die explain elok elok walaupun benda tu menyakitkan aku, aku boleh terima. contoh, ade orang lain. aku bagitau banyak kali, kalau ade orang lain, bagitau. aku akan pergi. bukanlah tak sedih ke ape. ofcos aku kecewa. tapi at least aku tak dibiarkan terpinga pinga tak tau ape punca. member aku cakap, aku patut benci die. sebab letakkan aku dalam situasi yang macam ni. biarkan aku menangis tapi tetap taknak jelaskan kenape. aku tak mudah nak benci orang. sekali aku benci, dengar name pun aku tak ingin. dah la ramai je yang tanye pasal die sekarang. takkan tibe tibe aku nak cakap jangan tanye dah pasal die. emo sangat tu.

sebab aku selalu up whatsapp status. yes silap aku. aku share quotes je pun. tapi yelah semua mestilah pandai fikir. tapi aku bernasib baik. ramai yang bagi kata kata semangat. ade yang tak sangka sebab kitorang nampak sweet sangat dulu. sweet ke? hahah bagi aku tak pun. tapi diorang tak tau pun cerite nye melainkan orang terdekat. itu pun tak semua. diorang just tau aku tengah makan hati, tengah kecewa. ade kawan yang cakap dulu aku tak layan die lansung. memang lah. sebab aku jage hati 'dia'. and my ex ade cakap kelebihan yang aku ade, sebab aku setia and tak sakitkan hati orang (menipu, curang). so aku boleh dapat yang better. huuu

tapi aku takde hati nak mulakan pape dah. nak mulakan perkenalan tu? hurmmm. ade yang nak masuk minang? nak mati ke? hahah tapi aku tak percaye. aku bukanlah jenis yang termakan kata kata manis ni. aku rase semua orang boleh cakap benda camtu. yang ikhlas? susah nak cari. kawan aku cakap "sayang betul betul rupanya pada 'dia' ." ade ke tak sayang bf sendiri? huhu. sebab susah sayang orang lah aku single lame dulu. dah sayang, aku sayang betul betul.

ok takpelah ni bahagian aku kan. aku taknak die rase ape aku rase. aku tau die budak baik. bab bercinte kurang baik sikit kot kan. hahahah. jangan buat anak orang sakit, nanti kena kat diri sendiri semule. tak pun kat anak-anak nanti. 

hari ni, aku ok pun sebab die diam hilang camtu. sebenarnye benda benda camni yang boleh buat aku move on. that's the reason why i asked him to never contact me again. bile die datang ni, aku lemah sikit. teringat macam macam. walaupun teringat benda yang menyakitkan hati, air mate gak yang keluar. T_T

kalau awak bace ni, jangan pernah datang lagi eh. please help me. ni je saya mintak. saya janji takkan pernah kacau awak. i'm promise.

8 : 24 pm

aku ingatkan bile aku terime orang yang takde pape, means kitorang bermula n susah same same, die lebih menghargai aku. tapi sayang, bukan camtu rupanya. sekarang ni yang aku rase, aku malu. kite selalu borak tentang mase depan same same. tentang family, tentang hidup 2 3 tahun akan datang. dah jadi berangan lebih lebih. aku nampak die je dalam mase depan aku. silap aku lah kot kan kat situ. benda yang takde jaminan ape ape. die lupe kot siape yang ade dengan die dulu. nanti cakap aku mengungkit pulak. kenape lah aku kene camni. aku tak buat die cmni pun.

aku rindu. T_T

semoga aku terus kuat and makin tabah. aku tau aku boleh. biarkan aku meroyan dulu buat mase sekarang. bile aku betul betul dah buang nanti, takde ruang dah untuk aku bersedih. aku akan gelak tengok kebodohan aku sekarang. biar aku jadi bodoh dulu lah buat mase sekarang.




Thanks for reading =)