Nuffnang Ads

July 8, 2015

semangat nak balik raya ...


assalamualaikum...

tak sabarnya hoii nak balik. aku balik ahad ni.
habis je paper terus chow balik kampung. siap kena berbuka dalam
bus lagi. alahai tak pe sanggup je. ye aku tengah hadap final exam lagi. ada dua paper lagi.
jenuh nak habis. ramai dah kawan kawan yang balik. selalu macam ni. hari last exam
hari last tu jugak la aku ada paper. tak merasa nak balik awal. tapi tengok
la. still ada mood nak buat entry baru. hahahaha sebab aku tengah
carik alasan untuk tak study. kihkihkih.

roomate aku suruh balik isnin. tak la rushing katanya.
tapi aku kena balik. sebab setahu aku adik kakngah aku tak gi lagi beli
baju raya. makin lambat balik nanti kurang la masa nak carik kan. and aku bukan jenis yang
sanggup nak jalan berjam jam. aku cepat penat. huhu. sebabnya adik aku nama je ada
lesen tapi abah macam tak percaya nak bagi bawak. kakak aku pulak raya
rumah mertua dulu kali ni. so aku jela yang ada pun. bukan tak boleh gi dengan mak abah tapi
macam seronok sikit gi dengan adik beradik kan. nak memilih amik masa kot.
jenuh je mak abah nak ikut ke hulu ke hilir. so tunngu lah i balik hokeh. ok lah aku nak
sambung study. saja jenguk blog sendiri sebab aku tak nak study. fullstop.

bye.



Thanks for reading =)

1 comment:

Anonymous said...

Nak singgah p mana?ada mkn2 kee.....hehehehe