assalamualaikum...
lama rasanya tak update blog. still busy. busy tido
la tapinya.. huhu sekarang final exam. berehat sekejap lepas siapkan
assignment. haish. still mengadap assignment walaupun dalam final. sebab sape suruh tangguh
kerja kan. huwaaa tapi sem ni rasa banyak sangat kerja.
bukan taknak update sebenarnya. busy tu satu hal.
and sekarang dah kena privatekan blog. disebabkan stalker tak berguna
tu. eh bukan aku nak perasan ke apa tau. takde sape pun kenal aku sebenarnya melainkan
classmates and ada la sikit sikit kawan lain tu. sebab aku bukan peramah so
takde la ramai kawan pun. tapi ada la satu makhluk ni. aku benci dia. so bila dia cakap
selalu baca blog aku, rasa macam eh tolong jangan menyibuk. walaupun baca tu
tak menggangu tapi aku taknak apa apa tentang aku dia tahu pun.
hahaaha eh yes. bila aku dah benci.
dah nak pukul 4 pun. 4 pagi. aku tak tidur lagi.
sebab target nak sahur. kalau aku dah tidur maknanya jangan harap aku
nak bangun sahur. harapkan kat rumah jela aku bersahur pun. kali ni puasa aku takde
selera lansung nak makan. walaupun lauk best. serius. sebab aku rasa sangat
penat. biasa la. kalau dah penat sangat memang tak boleh makan. and
kalau makan pun, sikit sangat. ada sekali tu, banyak kali jugak la, aku excited ni
nak keluar beli makan untuk berbuka. tapi bila agak nak sampai je kat bazar, aku ajak kawan
aku balik. sebab aku dah penat gile. rasa lembik sangat dah badan. tak larat dah nak
jalan bazar ke apa ke. maybe sebab cuaca sekarang jugak la. sepanjang
puasa setakat ni, ada la dalam 2x je aku makan nasik dekat rumah sewa ni. and
dekat rumah cousin aku memang la makan nasik. lauk semua best. sotong ketam. feberet tu.
tapi serius kali ni puasa aku tak terliur lansung. and tak rasa nak makan lansung.
tu yang makin penat and terus menerus tak nak makan.
so untuk elakkan aku aku lembik sepanjang puasa ni,
dah 2 hari ni aku makan tomyam. tomyam sahaja. tanpa nasik. bukan diet.
tapi takde selera. aku risau. sebab aku taknak kurus. hahaha org lain berlumba nak kurus
time puasa tapi aku tak. cukup la weh kurus dari kecik sampai sekarang baru ada isi.
aku nak macam ni je. huhu. bosan sebenarnya. movie dah banyak dah khatam. aku ni memang.
time final semangat nak tengok movie. padahal sebelum ni even takde test assignment
takde la pulak teringin. nak kata syaitan, kena kurung kan time puasa. so
maknanya diri sendiri la tu. insafla nabila oii. ok lah dah boleh dah kot beransur panaskan
tomyam. nak sahur. nanti esok melepek. selamat bersahur semua.
bye.
No comments:
Post a Comment