Nuffnang Ads

July 30, 2015

kenangan ...



assalamualaikum...

saje bosan tak tau nak buat ape. tengok movie pun aku cepat jemu. tengok tak sampai satu episod aku dah alih tengok video. duk blogwalking terbaca satu entry pasal kawan rapat. kawan rapat yang sangat rapat sampai orang fikir les****. entah pape. tapi tak salahkan jugak. kalau bukan sebab aku pernah alami sendiri mungkin aku pun takkan faham. bila dah alami sendiri, yes. sakit jugak hati ni.

dulu masa remaja. maksud aku remaja masa sekolah menengah la. sekarang tak remaja dah. rasa dah tua sikit. haha. bagi aku normal la kan remaja perangai tak semenggah. perubahan hormon katanya. kuikuikui. aku pun tak terkecuali. aku panas baran dengan adik beradik sendiri. terutama adik aku la. hahaha sebab aku rasa dia kecik. tak boleh sibuk hal aku. and tak boleh rapat dengan aku pun. kahkah. and aku dekat rumah bukan jenis banyak cakap. ada masalah pun aku jarang bercerita. ada la sikit sikit kalau cerita pun. sikit sangat. kawan jugak la yang disanjung waktu tu. and form 3 zaman menggatal. sibuk nak bercouple bagai. nak kata pengaruh kawan, tak jugak. sendiri terpikat. yark geli. hihi.

start dari situ, aku nak pakai fon. fon murah je masa tu. sebab nak selalu contact walaupun dalam seminggu pun belum tentu. takpe. tu lain kali lah cerita. and dari situ aku ada kakak angkat. aku pernah cerita dalam entry sebelum sebelum ni. pulak tu kakak angkat aku jenis kasar. orang kata dia tomboy. kalau tengok memang gaya camtu pun tapi ramai boyfriend kot. pelik. tomboy playgirl?? macam kelakar. tapi aku kenal dia lama kot so aku selesa. maksud selesa perwatakan dia yang kasar buat aku bebas bercakap, bebas bersuara. takde la touching macam adik beradik angkat yang lain. walaupun ada masa tak terlayan aku dengan perangai dia. aku susah nak percaya orang. serius walaupun aku rapat sangat dengan dia, dia tak tau banyak pasal aku. walaupun aku rasa dia percaya aku 100%. hahaha whatever.

remaja. macam mana aku tak rapat dengan adik beradik time tu, camtu jugak dia. so kitorang ada kisah yang serupa. biasa la adik beradik. kadang ada tak puas hati kan. bukan dulu je sekarang pun still ada. cuma dulu tak pandai nak manage perasaaan sendiri. sekarang kalau gaduh aku lantakkan aje. buat tak tau lagi bagus. layan pun sakit jiwa je. haha.berbalik pada cerita asal, dia selalu cerita pasal family dia camne. for me, bagus as long as ada tempat nak bercerita dari pendam sorang sorang. walaupun aku jenis pendam jugak. sebab yes, bila pendam, banyak salah faham yang timbul. macam aku dengan akak angkat aku dulu jugak. ramai salah faham. salah aku jugak. terlalu banyak spend time dengan kakak angkat lebih dari kawan sendiri. dah member yg rapat busy dengan boyfriend. aku pulak bermasalah dengan bf aku time tu. huhu. malas ingat.

bila baca blog tadi, both family kenal dengan sape kite rapat. dulu aku nak sangat camtu. aku nak family aku kenal dia. tapi dulu family aku tak sporting. heeeee. so kitorang adik beradik memang tak bawak kawan kawan datang rumah pun. family dia? kenal aku. tapi lepas disogokkan dengan cerita dari mulut mulut tak berguna tu, aku tau family dia tak suka aku. yelah faham jugak. sape suka anak dia dikata macam macam kan. so bila cerita dah tersebar maka berakhirlah semuanya. tapi dulu even kitorang dah tak contact, aku pernah cakap yang aku nak jugak family aku kenal dia. aku nak buktikan cerita semua tu salah. tapi dulu la. dia pun lepas tu menyakitkan hati aku je. last last hilang. dah takde rasa nak buktikan pape lagi dah. cukup aku tau yang family aku percaya pada aku. cuma ada la jugak cerita cerita yang sampai sekarang aku sendiri tak tau betul atau tak.  tapi malas nak amek tau lagi dah.

dulu memang sedih bila putus. rasa pelik adik beradik angkat putus? zaman sekolah dulu angkat angkat lagi penting dari boyfriend tau. even kakak aku sendiri aku pernah tengok menangis putus dengan kakak angkat dia. hahaha so aku ingtkan dia faham la situasi aku alami tu. tapi tak pun. maybe termakan jugak dengan kata kata orang. pantang ada kawan aku yang rambut pendek, kasar terus bising bising marah aku. padahal orang macam tu berlambak kot. eish3. dia pun ada jugak kawan camtu. huh. last last lantak la nak fikir apa pun. cara tu buatkan aku lagi malas nak kenalkan kawan kawan aku. lepas tu nanti bising lagi. bukan nak faham sangat pun. hahaha aku cakap benda betul. tapi sekarang aku dah tak fikir dah benda camtu. cukup cukup la weh. penat.

panjang pulak kan. dah teringat. betul lah orang kata. masa mematangkan pemikiran kita. dari situ aku belajar ada dalam situasi orang lain. aku belajar jangan mudah nak judge orang. and dari situ aku jadik terlalu prejudis. hahaha masalah jugak la. sangat susah nak percaya orang sampaikan takde ruang untuk itu. entah, biarlah. masa akan merubah segalanya. and aku tau ada kawan aku alami masalah yang sama. sayang tapi tau tak boleh sebab banyak salah faham yang jadi. for me, memang susah mula mula. tapi lama lama, akan ok jugak.

and aku belajar, cara kita nak mengatasi kesedihan ada dua. dengan cara menangis sepuas hati and bangkit semula. bersedih untuk sekian waktu and ambil masa tenangkan diri. lepas tu teruskan kehidupan macam biasa. cara ni yang selalu aku buat. menangis puas puas and lepas tu kebal sikit la. biar sape sape datang pujuk, tak layan. kira too late la. hahaha. and cara kedua, bila ditimpa satu masalah, sibukkan diri. buat kerja macam orang gila pun takpe asalkan tak fikir tentang masalah tu. and sampai satu masa, kita akan penat and menangis. and biasanya sedih tu tak lama. means cara yang ni untuk orang yang kuat la. aku lembik sikit. heheh.

sekarang masing masing bawak haluan sendiri. and jenis aku, kalau aku tekad nak lupakan, aku betul betul lupa. kenangan tu ingat tapi hilanglah semua sayang tu. kira macam sekali aku patah hati, takde peluang kedua lagi dah. hehe. biasa la semua benda ada pro kontra kan. ada baik ada buruk. ok lah line tak clear, adik aku duk sebelah. haha. and the best thing bila dah besar ni, rapat la jugak aku dengan adik aku. dulu tak boleh dekat, sekarang ni banyak pulak masa aku dengan dia. dalam fon aku bersepah pulak gambar dia. semak je. heee peace!!


ok bye !












Thanks for reading =)

July 8, 2015

semangat nak balik raya ...


assalamualaikum...

tak sabarnya hoii nak balik. aku balik ahad ni.
habis je paper terus chow balik kampung. siap kena berbuka dalam
bus lagi. alahai tak pe sanggup je. ye aku tengah hadap final exam lagi. ada dua paper lagi.
jenuh nak habis. ramai dah kawan kawan yang balik. selalu macam ni. hari last exam
hari last tu jugak la aku ada paper. tak merasa nak balik awal. tapi tengok
la. still ada mood nak buat entry baru. hahahaha sebab aku tengah
carik alasan untuk tak study. kihkihkih.

roomate aku suruh balik isnin. tak la rushing katanya.
tapi aku kena balik. sebab setahu aku adik kakngah aku tak gi lagi beli
baju raya. makin lambat balik nanti kurang la masa nak carik kan. and aku bukan jenis yang
sanggup nak jalan berjam jam. aku cepat penat. huhu. sebabnya adik aku nama je ada
lesen tapi abah macam tak percaya nak bagi bawak. kakak aku pulak raya
rumah mertua dulu kali ni. so aku jela yang ada pun. bukan tak boleh gi dengan mak abah tapi
macam seronok sikit gi dengan adik beradik kan. nak memilih amik masa kot.
jenuh je mak abah nak ikut ke hulu ke hilir. so tunngu lah i balik hokeh. ok lah aku nak
sambung study. saja jenguk blog sendiri sebab aku tak nak study. fullstop.

bye.



Thanks for reading =)

July 3, 2015

puasa ...


assalamualaikum...




lama rasanya tak update blog. still busy. busy tido
la tapinya.. huhu sekarang final exam. berehat sekejap lepas siapkan
assignment. haish. still mengadap assignment walaupun dalam final. sebab sape suruh tangguh
kerja kan. huwaaa tapi sem ni rasa banyak sangat kerja.

bukan taknak update sebenarnya. busy tu satu hal.
and sekarang dah kena privatekan blog. disebabkan stalker tak berguna
tu. eh bukan aku nak perasan ke apa tau. takde sape pun kenal aku sebenarnya melainkan
classmates and ada la sikit sikit kawan lain tu. sebab aku bukan peramah so
takde la ramai kawan pun. tapi ada la satu makhluk ni. aku benci dia. so bila dia cakap
selalu baca blog aku, rasa macam eh tolong jangan menyibuk. walaupun baca tu
tak menggangu tapi aku taknak apa apa tentang aku dia tahu pun.
hahaaha eh yes. bila aku dah benci. 

dah nak pukul 4 pun. 4 pagi. aku tak tidur lagi.
sebab target nak sahur. kalau aku dah tidur maknanya jangan harap aku
nak bangun sahur. harapkan kat rumah jela aku bersahur pun. kali ni puasa aku takde
selera lansung nak makan. walaupun lauk best. serius. sebab aku rasa sangat
penat. biasa la. kalau dah penat sangat memang tak boleh makan. and
kalau makan pun, sikit sangat. ada sekali tu, banyak kali jugak la, aku excited ni
nak keluar beli makan untuk berbuka. tapi bila agak nak sampai je kat bazar, aku ajak kawan
aku balik. sebab aku dah penat gile. rasa lembik sangat dah badan. tak larat dah nak
jalan bazar ke apa ke. maybe sebab cuaca sekarang jugak la. sepanjang
puasa setakat ni, ada la dalam 2x je aku makan nasik dekat rumah sewa ni. and
dekat rumah cousin aku memang la makan nasik. lauk semua best. sotong ketam. feberet tu.
tapi serius kali ni puasa aku tak terliur lansung. and tak rasa nak makan lansung.
tu yang makin penat and terus menerus tak nak makan.

so untuk elakkan aku aku lembik sepanjang puasa ni,
dah 2 hari ni aku makan tomyam. tomyam sahaja. tanpa nasik. bukan diet.
tapi takde selera. aku risau. sebab aku taknak kurus. hahaha org lain berlumba nak kurus
time puasa tapi aku tak. cukup la weh kurus dari kecik sampai sekarang baru ada isi.
aku nak macam ni je. huhu. bosan sebenarnya. movie dah banyak dah khatam. aku ni memang.
time final semangat nak tengok movie. padahal sebelum ni even takde test assignment
takde la pulak teringin. nak kata syaitan, kena kurung kan time puasa. so
maknanya diri sendiri la tu. insafla nabila oii. ok lah dah boleh dah kot beransur panaskan
tomyam. nak sahur. nanti esok melepek. selamat bersahur semua.

bye.



Thanks for reading =)