assalamualaikum..
mari membuang masa lagi. kemungkinan lepas ni entry
penuh dengan ilmiah je. mungkin ok. mungkin jugak bukak blog lain untuk
tujuan tu. blog ni penuh cerita personal je kan. tapi tengok lah nanti. sedangkan cerita diri sendiri
pun malas sangat tangan ni nak menaip apa lagi nak menaip pasal dunia
penuh scientific ni. hahaha dasar sangat nabila.
ahad minggu lepas aku join satu ekspedisi ni.
Ekspedisi Bukit Jugra namanya. ekspedisi ni bawah Persatuan Belia
Islam Nasional (PEMBINA). aku dapat tau pasal ni pun dari group whatsapp. aku kan suka
aktiviti macam ni so awal awal tu aku dah excited sangat dah. tapi kawan aku takde
sorang pun dalam group ni. bawah PEMBINA ni ade banyak pakej
macam rekriasi, tarbiyah, media, bakti and kepimpinan. aku pilih rekriasi sebab yes,
itu minat aku. dari aku amek pakej yang ade kawan tapi aku kurang minat baik aku pilih ikut
kata hati kan. cis kata hati sangat. pastu berbelah bagi nak join ke tak. disebabkan
aktiviti ni makan masa setengah hari je so aku pilih untuk
join. sebab tak la malu sangat. hahahahaha.
so ahad lepas (15/o3) sepatutnya berkumpul pukul 7. and aku
memang datang tepat pada waktunya. and aku orang first. setiap kali pun
macam ni. bagus jugak aku ni. kihkihkih sometimes sangat punctual. yang ada hanya
ajk ajk. bus pulak sampai on time. bagus bagus. lepas daftar makan breakfast terus naik bus.
and aku dapat group no.2. aku tau dah aku tak kenal sape sape so naik bus amek
seat duduk diam diam. and datang sorang cakap nak duduk sebelah aku. so amek peluang
berkenalan. Asma namanya. dalam list pun nama dia bawah aku je. kawan kawan
dia ada tapi group lain. since dia ajak gerak sama sama sekali, of course la
aku happy. huehuehue. the most big problem for someone like me.
pendiam and susah nak mulakan perkenalan. tapi kadang aku jadik terlalu ramah.
aku pun pelik dengan diri aku sendiri. heeeeeee.
bertolak ke sana dalam pukul 8 camtu la. ade 2 bus yang pergi.
ekspedisi kali ni semua sekali peserta dalam 80 orang termasuk ajk. kalau tak silap
la peserta dalam 50++. bus gerak je aku dah tidur. aku rasa aku allergic bus. asal bus gerak je
aku mesti tidur. lena pulak tu. hahaha balik pahang pun sama. tau tau dah sampai je.
dalam pukul 8.55 aku tersedar sebab bus berhenti. rupanya dah sampai. lansung la aku tak tau
celah mana jalan semua tu. berkumpul ikut group and dapat air sampai 3 botol.
beraaat tau nak bawak naik. yang luak 2 botol aje.
9.30 start naik bukit. maakk aiii. bukit yang mula mula
tu buat aku semput dah. tiba tiba terfikir macam mane aku nak habiskan kalau
5minit pertama aku dah semput. huwaaa tapi rupanya tak pun. lepas bukit tu berkumpul sekali
lagi. fuhh time tu terketar dah kaki aku. tapi lepas tu ok je. jalan takde la memanjang
curam ke ape. sebelum ni broga jela pun yang aku naik banyak kali. tapi broga aku rasa macam
ok lagi kot. jugra rasa macam berganda penat. maybe sebab broga naik pagi pagi buta.
so tak la penat kan. and maybe jugak sebab sekarang aku dah gemok.
hahaha dulu kurus and metabolism pun tinggi lagi.
waktu ni dah start banyak kali berhenti sebab dah terputus
dengan orang belakang. macam aku cakap tadi, jalan dia agak susah berbanding broga.
memang banyak kali lah berhenti tunggu semua ada.
ni lah Asma. muka dia macam kawan aku masa tadika dulu.
9.20 am sampai kawasan macam tudm tu. ape tah namanya.
sempat la rehat rehat kejap sebelum teruskan lagi perjalanan. kat sini jalan dah start bertar.
boleh je kereta nak naik sampai atas ni. penat je jalan kaki. hahahah kate
suka aktiviti lasak tapi merungut pulak.
5minit lepas turun bukit sampai dekat rumah api.
haaa kat sini barulah nampak pemandangan hijauuu je. and
ade macam kawasan kampung dekat bawah tu. jalan balik memang akan lalu kawasan tu.
dekat sini la paling best nak bergambar pun. lain masa dah takde.
and ni lah kawan kawan masa kat sana. diorang sangattt baik. tak kisah aku
yang stranger ni tiba tiba join diorang. huhu
masa dekat rumah api tu, ade sikit tazkirah untuk pengisian
mengenai alam sekitar. tiba tiba ayat aku pun tukar jadik skema kan.
okeh 12.15 dah start turun dah. tapi tak jauh sangat sebab bus datang amek. dari apa
yang aku dengar dari ajk, sepatutnya kitorang singgah makan dekat pantai mane tah tapi cancel
sebab masa dah suntuk. singgah solat and makan kat masjid je. balik tu susah
pulak aku nak tidur. tapi tetap tidur jugak. sampai dalam pukul 3 tunggu kawan aku amek and
sampai rumah bukannya aku tidur rehat ke ape. duk online je memanjang lepas
tu malam patut buat keje aku dah tersengguk. memang tak berubah perangai.
huhu ok lah. nak buat keje pulak. babai.
p/s :
jangan ada yang pertikaikan apa yang join ni. memang
persatuan ni islamik tapi tak bermakna yang alim alim je boleh join. aku tau aku jauh lagi
nak ke arah tu. tapi doakanlah ok. nanti ade pulak yang cakap aku ni ape je nanti tu.
tau sangat dah. ada pulak aku kisah kan. ok babai.
No comments:
Post a Comment