assalamualaikum..
tadi bosan bosan aku bukak la facebook. eleh padahal tak bosan pun
online jugak memanjang. hihi. terbace la satu post dekat SINI yang buat aku tertarik. ceh tertarik
la sangat. aku copy and paste jela eh.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
untung budak2 sekarang.
zaman aku sekolah dulu--
kalau tak buat kerja sekolah--
memang kena tampor ustazah.
kena setepek "pemalas" depan kelas. depan budak2 lelaki dalam bilik darjah. kena sound "simpan2 lah bodoh tu, pakai hari lain", "punyalah banyak untung jadi orang pandai, kenapa awak masih nak pilih jadi budak main2?"
untung budak sekarang.
tak buat kerja sekolah--
kena halau keluar kelas--
anak balik ngadu kat mak bapak--
mak bapak tolong saman cikgu.
pergh.
untung budak sekarang.
untung gila.
hmm.
sekarang aku faham kenapew budark2 sekawang tak tawu ejew.
pemalas.
dah lah pemalas nak buat kerja sekolah;
pastu pemalas reka alasan--
otak termati--
tak kreatif.
pendidikan percuma sampai phd pun tak guna kalau ada mak bapak yang hantar anak pergi sekolah HANYA sebab tak mampu bayar orang gaji jagakan anak2 mereka.
SEBAB bagi mak bapak jenis begini--
cikgu itu babysitter.
tukang jaga anak dia masa dia tak ada.
pengganti ibubapa--
pemegang amanah mereka dalam mendidik anak2 mereka.
eleh.
pemegang amanah konon.
dalam bahasa tersirat--
tempat tuding.
itu sebenarnya.
anak perangai bangsat--
salah kawan2 anak.
anak bodoh--
salah cikgu.
anak kurang ajar--
salah persekitaran.
salah semua orang.
kecuali mak bapak hebat semua ini tadi.
hish.
marah.
rasa marah pada jenis ibubapa begini.
terima kasih abah,
sebab bantai sebat aku macam aku rekrut askar dia.
walau jiran2 suruh guna psikologi jadah,
abah aku tetap dengan cara dia.
balik sekolah--
spot check buku.
seminggu sekali--
spot check kat cikgu.
aku pernah remaja.
aku pun pernah poyo menggelabah benci abah sebab abah aku tak macam mak bapak orang lain yang guna kekdah berborak dari hati ke hati jenis jadi bespren dengan anak.
siapa tak nak mak abah cool?
kan?
tapi sekarang ini aku sedar--
kalau abah buat gitu--
memang aku tak jadi manusia.
kemungkinan aku jadi laknat tu ada.
aku berterima kasih untuk setiap birat badan aku yang menjadikan aku manusia.
betullah kata orang--
if your child hates you at their adolescent years--
be calm;
you are doing it right.
dear parents,
nak jadi bestpren anak--
ada cara.
enabling mistakes they make--
is NOT one of them.
---------------------------------------------------------------------------------------------
aku setuju sangat sangat dengan ape yang akak ni cakap. aku
memang lah pernah buat hal kat sekolah. tapi macam mane nakal perangai aku pun
aku takut dengan cikgu tau. ponteng kelas pun jumpe cikgu semula tau tak. haha. menipu. budak
budak sekarang macam dah takde rase hormat dekat cikgu. kene marah, siaplah
calar kereta. kene pukul, siaplah kene saman. kesian. cikgu pulak yang takut dengan anak murid.
kalau tak takut, melayang la duit. untung kalau kaye. kadang kadang aku pelik, zaman
dulu cikgu pukul anak murid lagi teruk dari sekarang. sebab tu orang dulu dulu berjaye kot. sebab
bagi aku nak berjaye kenelah berkorban kan. tahan sakit.
sekarang aku faham kenapew budark2 sekawang tak tawu ejew.
hahaha bile bace ayat ni memang aku gelak. sebab memang betul
aku rase annoying gile bace ayat ayat camni. kalau setakat satu dua perkataan
aku tak kisah pun. tapi kalau semua pun gune jangan harap aku balas mesej kau. hahaha menyampah
tau tak. kawan aku ade je gune sampai touching aku cakap menyampah bace.
nasiblah kan dah terlepas cakap pun. huhu
jujur. aku mengaku dulu aku tak suke abah aku sebab selalu
marah aku. kene pukul pun pernah je. selalu. tak suke bukan bermaksud benci.
sila fahamkan. aku pun jenis memberontak. tapi bukanlah melawan cakap dia. aku jenis pendiam
dekat rumah. tak puas hati aku simpan je tapi dalam hati aku berapi la jugak. selalu
je aku jeles tengok mak ayah kawan kawan aku kebanyakannya sporting. serius jeles sangat. tu lah
punce kenape aku nak duduk hostel dulu. hehe. even sekolah rendah lagi aku mane
ade gi keluar main petang petang. asal aku join je adik aku dengan jiran sebelah main, mak aku dah
suruh gi bace buku. tipulah kalau umur camtu seronok kene pakse bace buku kan.
sampai lah aku spm memang takde maknenye nak tengok tv. tengok 10 minit camtu je lepastu
dah kene sound tak reti nak study ke. tension.
serius mak ayah aku jenis camtu. aku pulak jangan harap la
nak study bile kene suruh. makin disuruh makin aku taknak study. huhu. kalau
result turun memang kene marah. apelagi failed kan. report card kene campak terus. betul tak tipu.
bile aku cerita dekat housemate aku, die jawab pe?
"mak ayah kau dah rampas zaman kanak kanak kau lah. tak seronok." =,=
ok memang dulu tu la yang aku rase. bile kawan kawan sibuk
cakap nak jadik budak budak semula sebab seronok boleh main main, aku
cakap aku taknak. aku nak cepat besar. sebab zaman kanak kanak aku sangatlah tak seronok. tapi
aku sedar, kalau mak abah aku tak buat camtu, memang aku jadik budak apelah
sekarang kan. walaupun sekarang aku taklah berjaya lagi tapi at least aku
belajar. kalau mak ayah aku jenis sporting maybe aku dah taknak belajar kot. maybe banyak
lagi benda teruk yang aku buat. sekarang ni bile aku teringat mak ayah aku memang
nangislah jawabnye. housemate aku dah lali bile sebut mak ayah memang aku menangis. entah ape
yang sedih sangat aku pun tak tau. air mata memang automatik mengalir sendiri. menangis
bukanlah diri aku sebenarnye. aku pun pelik kenape sekarang aku sangat sangat
sangat mudah menangis. mane hilang hati batu aku dulu??
papepun, terima kasih mak abah sebab marah marah,
terima kasih sebab selalu pakse bace buku walaupun disebalik buku tu ade novel.
hehe. terima kasih sebab pukul kalau buat hal. bagi aku tak salah kot mak ayah garang. bergantung
pada kite sebagai anak nak terima dari segi positif or negatif. aku bukan anak yang baik.
selalu tak dengar cakap. suke buat pape ikut kepala sendiri. tapi walau macam mane jahat sekalipun
aku, semua bukan salah mak ayah aku. memang aku sendiri salah. dah betul dah cara
diorang ajar aku, cume aku je tak berape menjadi. hihi.
panjang sangat pulak entry. renung renungkanlah. ok bye