Nuffnang Ads

March 30, 2011

c.i.n.t.a


C.I.N.T.A

ku persembah cinta suciku
buat insan yang ku sayangi

ku ukirkan dalam hatimu
jawapan cinta kepadamu
agar kau mengerti

selamilah kasih sucinya cintaku
tulusnya cintaku hanya kepadamu

mampukah kau mengerti
perasaanku kepadamu
dan tulus kasih hanyalah untukmu

mampukah kau selami
jauh ke dasar hati ini
oh hanya namamu yang tersembunyi

ku harapkan kau mengerti
cintaku seadanya kasih

ku inginkan kebahagiaan
bersamamu oh selamanya
tanpa rasa curiga
----------------------------------------------------------------------------------------------------

kalau bercakap tentang cinta, semua org pasti akan memberi jawapan yg
berbeza.. bagi yg sedang bahagia, jawapan dihiasi dgn senyuman yg terukir.. waktu itu, indahnye
cinta dapat dirasakan.. tapi bagi yg kecewa, melihat cinta itu menyakitkan.. kesakitan
cinta lama terasa kembali.. namun, benarkah cinta mmg membahagiakan..??
atau sebenarnye cinta mmg membawa derita..??

tiada siapa boleh menklasifikasikan apakah cinta yg sebenarnye...
cinta memang buta.. cinta juga mampu merubah segalanya.. ada yg merasa manisnya cinta sedangkan
diri dipijak, dipergunakan.. yg nampak di mata hanyalah yg terindah lantas
menutup kecacatan yg lain.. keburukan tidak dipandang, yg penting hati gembira.. ada juga
yg melihat cinta sesuatu yg merugikan, membuang masa.. sedangkan cinta sejati
ada di depan mata.. namun hati menutup segalanya.. lantas,
apakah cinta sebenarnya..??

cinta terletak di hati, terasa di jiwa, dikawal di minda..
setiap manusia akan merasakan apa itu cinta.. semuanya bergantung pada diri sendiri untuk
mencorakkan bagaimana perjalanan cinta.. namun kita hanyalah manusai biasa..
jangan menghukumi andai diuji.. jangan menyerah jika dikerah..

bercinta tidak salah.. pengalaman akan mematangkan..
jadikan yg lepas sebagai pengajaran, bukan alasan menidakkan yg akan datang.. fahamilah hati..
segalanya menuntut.. pasti....



Thanks for reading =)

2 comments:

Cik Ezy said...

aduh.. rase nk single je..

Nabila Shamsudin said...

kalau single boleh buat diri lagi happy, xsalah kot kak ezy... hee