Nuffnang Ads

March 25, 2016

hangin semacam



hari ni mood aku ke laut betul. habis semua benda tak kena.
tengahari tadi plan nak ke shah alam basuh baju. pelik la tu jauh sangat aku nak
membasuh kan. ok since aku duduk kolej, memang kena basuh tangan la kan. ada mesin basuh
yang kena bayar tu tapi aku taknak. first reason sebab aku tak yakin bersih. huhu
aku memang tak boleh terima sikit bile aku tengok sabun softener
masuk sekaligus ni. aku tak confident. and mesin pun nampak cam usang sangat
weh. aku pantang sikit bab bab camni. huuuu the second reason is aku kalau basuh, ade banyak
trip. baju and seluar lain, tudung basuh lain, yang kecik kecik basuh lain. so
kalau gune mesin basuh tu, memang banyak hinggit la aku kena
habiskan. hahah nak basuh tangan memang dah malas dah. penat satu hal,
mase yang aku amek berjam jam. huhu perangai yang satu ni susah betul nak hilang. haaa
aku rase menurun jugak dari mak. mak basuh pun asing asing. bilas pun kat
luar even mesin tu siap siap dah berbilas semua. haaa so
perangai ni ikut mak. heheheh

berbalik ke plan asal, nak gerak tengahari tu, aku kena naik bus
dulu sebab kereta parking dekat fakulti. sebab tengahari kan, jadiknye bas takde.
itu takde hal lagi, aku nampak 'dia' lalu, aku nampak dia pandang tapi buat tak tau. nampak la
dia siap parking semua bagai tapi lansung tak wassap aku. hahah pun boleh buat
aku bengang. maybe sebab panas, penat terus rasa nak marah. tapi idok ler aku gi marah dia.
mau dia pulak naik angin aku marah sebab benda camtu. tapi dia cakap tak
perasan pun aku T_T. pulak tu wassap tak berbalas. aku memang
marah orang balas lambat ni. haishhh

sampai shah alam dia call, aku tak layan. aku tau dia nak marah
jugak tapi tu la, susah betul dia ni nak marah. last last mesti dia cool je. heheh
bagus jugak la. tapi tak bagus even dia penyabar pun dia tetap selalu buat ape yang aku tak
suka. cumenye dia terima jela kalau tau aku marah sebab perangai dia sendiri.
sebab tu aku cakap, kadang perangai dia lagi matang dari aku. T_T

wassap hilang wassap lagi hilang lagi. aku prefer better
jangan wassap lansung dari wassap pastu kejap kejap hilang. boleh jadik
gaduh wooo. aku tak suka. nak stop ke nak buat kerja ke nak tido nak keluar nak berborak
ke hape aku tak pernah marah, cuma cakap jela. jangan jadik macam chipsmore.
tu je. kan senang. tapi susah jugak dia nak faham. huuu. aku dah la bengang
dengan ex-roomate aku, suruh amek barang pos boleh pulak dia balik lambat. pulak
tu tak bagitau pape. aku macam ape je tunggu kat rumah. ingatkan senyap
je dah otw balik ke ape, rupenye kat tempat keje lagi. itu dah satu hal,
buat aku nak mengamuk. bukan ape, bas malam malam kat uitm ni susah nak ade.
pulak tu malam kan. gelap. bahaya.

selalunye kalau aku parking kat bawah sane, 'dia' akan
escort aku sampai aku kat kolej. kan aku gaduh marah marah, so aku cakap
takpe aku boleh settlekan hal aku sendiri. huhu berlagak kan. eh tapi memang boleh pun ok.
aku tak suka bergantung pada orang. selama ni pun aku settlekan hal aku
sendiri. even kalau aku balik temerloh or drive dari kl, kalau aku sorang sorang dia akan
on call dengan aku, sebab taknak bagi aku mengantuk. inikan pulak nak parking
kat bawah sane. even gaduh macam mane pun, dia tetap akan tunggu
and ikut aku sampai aku naik bilik. dah sampai bilik pun kena inform padahal dah
sah sah nampak aku naik lift, maknanya sampai ke bilik la kan. buatkan aku kadang kadang
terfikir yang dia ni over-protective. takpe setakat ni tak rimas lagi la. hahaha.
so tadi aku naik kat bilik hantar baju baju sebelum gi hantar kereta.
boleh pulak dia call and aku terangkat. macam biasa, nak ikut aku gi parking
semua. kene bebel bahaya malam gelap perempuan sorang macam macam. aku tengah
marah ni woii. huhuhu nak marah pun biar dia teman jugak. katenye.
dia tunggu kat bawah. huwaaaa aku target nak keluar beli makan dulu kejap. dapat tau
aku gi sorang terus nak ikut. alahai awakkkk.
sampai bile bile camni boleh?? hihi.

kalau aku dengan kawan, dia memang tak pernah kacau.
cuma kalau aku sorang, habis lah. selang berape minit tanya aku bile nak balik.
pun pernah jadik gaduh dulu. hahahaha dah tak reti menyabar kan. memang kena sembur
balik dengan aku. padan muke. cuma, bile agaknye aku dapat jadik penyabar
macam dia?? kadang bile fikir dia sabar dengan aku, aku tak jadik nak marah. tapi
biasanye tak bertahan lame pun insaf aku tu. bile dah marah, tak fikir panjang.
terus naik angin je. heheh dia dah tidur. selamat malam awak >,<



aku sayang dia.






Thanks for reading =)

No comments: