Nuffnang Ads

May 15, 2015

tabah



hari ni birthday aku. entah kenapa ada rasa sayu.
rasa tak kena. rasa nak menangis. kalaulah aku sorang je dalam bilik ni
dah confirm lama dah aku menangis. tapi tak tau sebab apa. so nak hilangkan rasa tu aku
menyanyi. haish. entah pape. habis semua lagu yang aku ingat liriknya aku nyanyi.
dah hilang modal bukak laptop pasang headphone melalak lagi. eh nyanyi slow
la tapinya. tabahlah roomate aku dengarkan aje. huuuuuu

kenapa eh? aku makin tak happy. rasa kosong. ada rasa sayu.
datang mood rajin nak buat kerja. pelik. dah datang mood rajin tu aku
buat jela. bukan senang nak ada mood ni. huhu. minggu ni busy. banyak sangat assignment.
next week minggu test. lepas cuti minggu semua test presentation nak ada. penat.
tapi dalam penat banyak kerja still aku takde hati nak buat. aku just buat apa aku rasa perlu.
aku tau aku sentiasa cari alasan untuk taknak buat semua tu. sem sem lepas kerap
la jugak aku berjaga. banyak kali tidur setakat sejam dua je. sem ni?
banyak macam mana pun aku tetap tidur. sebab aku takde hati.
maybe sebab penat. hurmm bila rasa ni nak hilang.

penat berulang. penat kena bergantung pada orang lain.
walaupun tak cakap pape tapi bukannya aku tak faham. bila dah mintak
tolong orang ni hati kena kental. bukan tak kisah tapi buat buat tak kisah. aku kan pelakon hebat.
hahaha apa aku rasa mana ada orang tau. takpe. sikit je lagi. harap aku
tabahlah sampai saat tu. ok lah nak sambung buat kerja. bye.





Thanks for reading =)