Nuffnang Ads

April 16, 2014

kehidupan baru


assalamualaikum...

lama rasanya tak menaip dekat blog ni. padahal dulu rasa bila dah sambung study akan jadi lebih rajin nak mengarut dekat sini. tapi rupanya lain pulak yang jadi. ni pun sebenarnya tengah banyakkkkkkkk sangat kerja tapi macam biasalah. time banyak kerja tu la tangan ni rajin nak hupdate segala. bila kerja tak siap tension sorang sorang. T_T

Alhamdulillah aku dapat sambung belajar jugak. dalam bidang yang boleh dikatakan aku minat jugak la. kalau nak ikutkan betul betul minat aku, aku minat benda lain. tapi nanti cakap tak sedar diri pulak. result tak bagus berangan yang tinggi aje. huhu. tapi course sekarang pun ok. still dalam minat aku. and aku kalau boleh memang nak lari dari bidang biomedical. cis susah and bukan minat. Alhamdulillah memang syukur sangat sangat dapat sambung study. kesian tengok mak abah risaukan aku yang duduk melepak je dekat rumah. makan tidur. sebab tu gemuk. huhu.

aku kembali semula ke shah alam. sebenarnye aku happy sangat dapat sambung dekat sini. sebab aku dah biase kot. dari zaman diploma lagi. kawan kawan pun ade kat sini. walaupun hakikatnya susah sangat nak jumpa. hahaha. aku masuk belajar dekat sini takde sape pun tau sebenarnya. kalau tau pun setakat bape kerat je. aku malas nak kecoh. sebab bila ramai yang tau ramai jugak yang banyak mulut and tambah tekanan aku lagi. so sape yang tau plissss lah diam aje ok. jangan tambah semak okeh??

kehidupan baru seronok. dapat kawan baru. cara hidup baru. pergaulan baru. ye aku harap aku berubah bila dah ada dekat sini. haish cakap macam jahat sangat pulak. huhu. yela aku ni panas orangnya. tapi Alhamdulillah panas baran aku terkawal sangat sangat dekat sini. takde pun aku naik angin tiba tiba. orang pun takde yang carik pasal kan. ye bagi aku selagi orang tak buat jahat dekat aku, aku takkan saja saja nak buat jahat. kalau tak sengaja maaf sangat sangat. mungkin aku tak sedar. adatlah bila berkawan mana pernah lansung takde masalah. aku lebih suka memerhati. tengok gelagat orang. aku pun bukan baik. aku harap semuanya berjalan lancar. aku sayang kawan kawan aku.

busy. sangat sangat busy. pantang ada masa lapang, aku memang tidur. aku dekat sini tak cukup tidur sangat. tidur pun 2 3 pagi. pukul 6 suku camtu dah kena bangun semula. tu yang macam zombi gi kelas. otak tak function. huhu. setakat ni memang takde lagi la aku duk study melainkan bila ada quiz test je. kalau tak memang takde masa. ada je aktiviti. kalau tak aktif tak dapat kolej. tak ke haru. aku pun tak sure lagi sem depan duduk luar or kolej. entah. malas nak fikir sekarang ni.



sebahagian budak kelas aku. and aku pun pelik.
dari zaman sekolah sampai poli sampailah ke uitm ni, memang budak laki sorang dua je. huhu. and
sekarang sorang je jejake dalam kelas tu.. kesian. hahaha.



aku join  brass band dekat sini. pancaragam la senang cite.
huahua pelik kan. dah la memang lansung tak reti main pape alat pun. sebenarnye ngelat kena kawad
sampai sem 3. huish. walaupun aku suka kawad tapi aku taknak aktif
dah. penatt wooo. takde masa dah untuk semua tu.



group untuk lab biology. group yang sangat best.
sorry kalau aku tak membantu sangat. rasa memang tak membantu lansung pun. sebab dari dulu
tak pernah buat lab sendiri. hambik sekali dekat sini kelam kabut semua nak kena
belajar balik. alat pun tak kenal T_T



kesayangan. banyak masa kitorang sama sama. yang
paling penting sebaya. so lebih selesa and bebas bercerita. sangat tinggi. huhu aku terasa sangat
rendah. tapi masing masing nak ambik minor yang berbeza. hope kite still macam
sekarang ni walaupun nanti dah banyak kelas tak sama.



ke mana je kitorang selalu berempat. kadang kadang bertiga
kadang kadang berdua. ikut suka. hahaha tapi ni la penghibur hati aku dekat sana.


ok lah dah banyak sangat masa habis dekat sini. si dia tidur so takde orang nak layan aku. huhu. doakan aku berjaya ye. aku nak buktikan pada semua orang yang aku boleh. walaupun hati aku tak kuat nak terima semua ni, tapi aku yakin ada hikmahNya aku ada dekat sini. yakin !


p/s :
tak kisah lah sapa pun yang baca blog ni. aku tau ada yang baca. bagi aku benda dah lepas, so memang aku biarkan lepas. aku memang bukan baik. tak kisahlah aku pernah baik atau tak dekat kau, kalau tu dah memang namanya kenangan, janganlah sibuk nak datang lagi dalam hidup aku. aku bukan nak berdendam tapi hormatilah kehendak aku. kadang kadang aku layan, tapi tak bermakna aku nak macam dulu lagi. faham kan? and pada sesape yang tau aku benci pada someone tu, tolongla eh. tak payah nak cite ape aku buat, aku ade dekat mane. cube ade dekat tempat aku ni haa baru faham kot ape aku rasa. tak payah nak rajin sangat busy body. and pada kau yang aku benci tu, jangan nak menyemak lagi dah. rasanya lagi bagus kalau kau hilang terus dari hidup aku. at least tak tambah benci aku. ok dah by.




Thanks for reading =)

No comments: