Nuffnang Ads

February 24, 2015

wedding


assalamualaikum..

lame dah rase nak update. cuma bila dah connect internet tu
mesti benda lain yang aku buat. malas, yes sangat pemalas. semua benda pun
malas nak buat. tengok movie pun aku malas. tengok half half stop. aku rase aku ni jenis cepat
bosan. kan? cuti sebulan kali ni memang takde satu benda berfaedah pun
aku buat. kalau ade pun tolong mak basuh pinggan yang dah kena air
banjir aritu. hehehe itu ajelah kot.

and cuti kali ni lah ramai kawan kawan yang nak kahwin.
classmates aje dah tiga orang naik pelamin cuti ni. kawan sekolah pun tiga orang.
haish terasa dah berumur sangat bila kawan semua dah melangkah ke alam baru. aku? biarlah
begini dulu. eh pasrah sangat ayat. mihmihmih. dua orang classmates orang perak tu
yang susah sikit nak pergi. confirm abah aku tak bagi punya. dah dijangka and memang tak
dapat pun. kirim salam jela mampu. sorang lagi kawan terapat aku dekat uitm ni.
tapiiiii time cuti raya cina aritu. plannya nak pergi jugak sebab dekat and kawan baik kan.
of courselah nak pergi. sebenarnya semua majlis aku nak pergi tapi tak dapat. sepatutnya kakngah
ada appoinment rabu tu dekat HKL so aku plan nak terus stay sana and balik sendiri
lah naik bus. tapiiiiii ayah aku siap call hospital mintak tunda sebab tau jammm
sangat kan. tapi still try mintak and abah diam je. dah nampak dah tanda tanda tak dapat pi.
tapi mak suruh tanya jugak confirmkan dengan abah. yelah kalau tak boleh cakap direct jela kan supaya aku ni paham bahasa. hehehe. tapi dalam duk susun ayat nak mintak tu dapat
berita nenek aku tak berapa sihat. asyik pitam. terus la aku cancelkan je mintak.
sebabnya confirmlah tak dapat kan. lagipun nampak macam banyak je halangan nak gi sana.
kalau berdegil nanti lain pulak jadik kan. so pasrah jela. sori eh kawan kawan tak
dapat datang. dah la kawan kawan yang rapat jugak. T_T

so disebabkan wedding jauh jauh tak dapat gi, haruslah
yang dekat aku nak gi kan. 15hb lepas mimi, bestfriend masa sekolah
kahwin. time dia ajak tu aku rasa nak nangis sangat. sebab tiba tiba aku rasa rindu
sangat dekat die. dulu kitorang rapat jugak la. banyak benda kitorang buat sama
sama, walaupun ade jugak gaduh gaduh tapi seriously aku rindu time dulu. lepas habis spm
memang kitorang dah tak pernah jumpa lagi dah. contact pun dekat facebook je.
aku dapat no die pun mase wish birthday die december aritu. terus aku pakat pakat dengan
geng sekolah dulu nak gi kenduri dia. lagipun memang dia ajak personally,
bukan takat invite gune fb tu. alang alang dah cuti kan memang la nak gi. mula mula
semua macam ada hal. aku kalau takde geng aku pun taknak gi. dah takkan nak tercanguk
sorang kan. last last aku angkut adik aku sekali. ahahahaha buat teman. tiba tiba
rase untung ade adik boleh buat kawan. dulu kakngah dulu ajak aku taknak. huhu sori kakngah.
baru aku paham perasaan tu. dulu dia ajak aku teman jumpa kawan die. aku taknak
sebab aku fikir kawan dia kan, takkan aku nak duduk sekali, rasa macam tiba tiba sangat. so
aku cakap aku hantar jela, balik aku amek. merajuk kakngah time tu. awat tak
habaq terus terang kat aku. huhuhu dah lepas pun.





camera buat hal time ni. amek gambar semua blur.
baru ingat nak amek gambar pengantin sebab cantik sangat. aku malas guna fon.
fon tu pun macam tungggu mase je.



kalau tak silap aku jumpa kawan kawan aku ni last raya
lepas masa diorng lepak umah aku. mimi pulak dah tujuh tahun tak jumpa.
dulu orang cakap tu kembar aku. even bf aku dulu selalu cakap suara kitorang sama sampai
dia confius. confius sangatkan. rasa nak sepak je. haish cerita lameeeee.
kembar mungkin sebab selalu sama sama gi mane mane kot. mimi comel sangat.
bukan sebab make up ok, tapi sebab dia memang comel. balik kenduri singgah minum minum
sat. banyak sangat cerita. tergelak gelak dekat estation tu haa. banyak sangat
kenangan dulu. tu pun belum cukup korum lagi tu. kalau tak lagi haru biru. kalau tak cakap
nak balik, rasanya sampai esoknye pun tak abis cerita lagi. rasa nak sangat
kehidupan kat hostel dulu. takpe tunggu next plan baru kite borak sampai tak tidur ok.
ok lah bye bye.





Thanks for reading =)

No comments: