Nuffnang Ads

February 24, 2015

reunion termurah


assalamualaikum..

bile dah start update semua benda nak cerita. kenangan kan.
walaupun ade je post mengarut yang lame lame tapi saje simpan buat kenangan.
bace bace boleh gelak sorang sorang. entry ni pun nanti akan datang pun baca boleh malu
sendiri. aku memang seorang yang sayangkan kenangan. dan sometimes
still hidup dalam kenangan tu.

tiap kali pun mukadimah merepek kan. ok lah nak cerita pasal
wedding eja sabtu lepas. umah eja dekat batu papan area ke mengkarak sana.
disebabkan wedding lia khamis tu aku tak dapat gi, aku target mesti la yg ni dapat gi.
sekalinya abah aku bagi tapi tak oleh gi setakat berdua camtu. kalau ikutkan plan pun memang
aku gerak dari temerloh berdua dgn syera. abah kalau boleh suruh gi penuh kereta
sebab jalan kampung kan. macam bahaye sikit. aku time tu dah takde mood dah dengar camtu.
huuuu sebab nampak gaye macam tak boleh gi je kan. tapi aku carik jalan lain.
terus aku wassap member lain ajak gi same. sampaikan yg tak kena ajak pun aku wassap.
rase bersalah gile time tu. tapi sebenarnya ajak je cuma aku taknak la memandai je pakai ajak.
dah la syera lepastu wassap cakap tak boleh gi. haru betul. aku takde mood betul
dah time tu. last last dapat jugak gi. aku gerak dari sini dengan muhai
and fizah. okeh layan gambar.



kat sana barulah jumpa dengan piqah and ayu. ayu datang dari kl
since khamis aritu lagi and stay umah piqah. patutnya stay dengan aku tapi aku ada
hal pulak. jejaka semua ni semua satu sekolah tapi tak same kelas la.
tak pernah borak dengan diorang.


cantik kan pengantin?


plannya nak gerak dalam pukul 12.30 and sampai dalam pukul
satu camtu la. tapi fizah lambat pulak datang. gi klinik katanya. gerak nak dekat
pukul 1 dah time tu and lagi malang tersesat pulak tu. dah nak dekat pukul 2 baru sampai.
disebabkan dah lambat sibuk la nak bergambar dengan pengantin siap siap lepastu
baru boleh makan dengan tenang. yelah time makan tu la time semua cerita nak keluar kan.
takde la kelam kabut lagi nak bergambar kalau dah settle awal awal. tapinyaaa
ramai tunggu turn nak bergambar. nampak pulak kembar aida terus aku amek. baik sangat
tak menangis sikit pun. panas terik terik tu tak menangis pun sedangkan aku dah
berpeluh sakan. tu yang aku suka tu. tak banyak ragam. even aida nak amek pun aku tak
bagi sebab aku suka. anak sendiri lambat lagi kan seronok pegang anak orang je.
lisa namanya. comel and ringan je.




balik tu ayu tumpang sekalu sebab naik bus petang tu.
singgah kejap minum minum dekat secret recipe borak tak hengat. semua
cerita keluar. lawak lawak je diorang ni. aku suka dengar je sebab budak kelas aku jenis
study memanjang. diorang classmates semua jenis lawak and diorang stay hostel. aku form 5
dah  berulang dah dari umah. so banyak cerita yang aku tak tau. 

lepas tu lepak jap umah aku sebab ayu nak tumpang solat kejap.
lepas hantar diorang balik terus rasa rindu. andai dapat aku putarkan masa kembali
ke zaman sekolah aku nak spend betul betul masa dengan diorang. dulu aku banyak habiskan
masa dengan benda tak sepatutnya. belajar pun malas time tu. haish malas tu bawak
sampai sekarang. hehehe. ok lah nak keluar pulak. babai.


p/s :
dalam aku cakap baby lisa tu ringan, yes memang.
biasa la kembar kan. tapi esoknya tangan aku sakit lenguh sangat. hahahaha apalah tapi dah
dua tiga hari tak hilang lagi lenguh tu. tapi seronok,
ok daaaaa.



Thanks for reading =)

No comments: